Showing posts with label Sukan. Show all posts
Showing posts with label Sukan. Show all posts

Monday, October 11, 2010

Sukan Komanwel DELHI 2010 : Terjunan ajaib Pandelela

0
Dua percubaan terakhir ubah skrip awal ciptaan Australia

KONTINJEN negara kembali ceria, malam tadi dengan pungutan pingat emas ketujuh dan berterima kasih kepada keringat penerjun muda, Pandelela Rinong yang gah mengungguli acara 10 meter platform wanita di Kompleks Sukan SPM dengan terjunan terakhir yang baik buat melakar sejarah bagi dirinya.

Dua lagi pingat menyusul daripada lawn bowl apabila pasangan negara, Nor Hashimah Ismail dan Zuraini Khalid meraih perak acara pairs wanita selepas tewas kepada England dalam final manakala gangsa daripada pasangan pairs lelaki menerusi Khairul Anuar Abdul Kadir dan Fairul Izwan Abd Muin buat mendekatkan sasaran 10 emas.

Pandedela - anak muda dari Sarawak berusia 17 tahun itu menguntum senyuman dengan wajah matang ketika naik podium untuk melakar sejarah selaku pemenang emas pertama dalam acara terjun Sukan Komanwel selepas merakamkan jumlah keseluruhan 371.05 mata untuk menewaskan penerjun Australia, Melissa Wu (perak) dan Alexandra Croak (gangsa).

“Saya gembira hari ini. Pingat emas ini saya hadiahkan untuk ibu dan ayah tercinta. Satu ketika saya kecewa apabila membuat terjunan kurang baik pada pusingan kedua dan pada saat itu saya hanya terbayang peluang untuk berada dalam kelompok tiga terbaik saja,” kata Pandelela.

“Pada terjunan terakhir, jurulatih kata jangan buat salah. Dia kata jika buat salah, saya tidak akan dapat emas. Apabila saya naik tangga ke platform, saya ingat pesanan jurulatih dan melakukan yang terbaik. Memang cabaran hari ini kuat. Dua penerjun Australia memang hebat.”

Jelas kemenangan amat tipis apabila penerjun negara hanya menewaskan lawan terdekat dengan perbezaan perpuluhan 0.60 mata saja selepas Melissa memberi saingan sengit sehingga ke terjunan terakhir dalam acara membabitkan 12 peserta.
READ MORE >>

Lorenzo dinobat juara dunia

0
SEPANG - Aksi cemerlang dan konsisten pelumba Fiat Yamaha, Jorge Lorenzo pada musim 2010, akhirnya disudahkan dengan meraih mahkota kejuaraan MotoGP musim ini selepas tamat perlumbaan Grand Prix Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), semalam.

Lorenzo yang bermula di petak utama menamatkan perlumbaan tempat ketiga, bagaimanapun ia cukup buatnya mengesahkan kejuaraan walaupun masih berbaki tiga perlumbaan di GP Australia, Portugal dan Valencia.

Pujian juga harus diberikan kepada rakan sepasukan Lorenzo, Valentino Rossi yang memulakan perlumbaan di petak keenam tetapi mempamerkan tunggangan mantap untuk muncul juara di SIC.

Tempat kedua pula milik rakan senegara Rossi, Andrea Dovizioso daripada pasukan Honda Repsol manakala juara Grand Prix Jepun hujung minggu lalu, Casey Stoner (Ducati) gagal menamatkan perlumbaan apabila terjatuh pada pusingan pertama.

Rossi melintasi garisan penamat dengan catatan masa 41 minit 03.448 saat manakala Dovizioso ketinggalan 0.224s, sementara Lorenzo pula mencatat masa 41:09.483s.

Ini adalah kejuaraan pertama Lorenzo dalam kelas MotoGP dan kali terakhir pelumba Sepanyol muncul juara keseluruhan ialah pada 1999 yang dilakukan oleh Alex Criville dari pasukan Repsol Honda.

Lorenzo mengumpul 313 mata, yang mana pencabar terdekat Dani Pedrosa (Honda Repsol) sudah tidak mampu untuk memintasnya lagi, selepas hanya mengumpul 228 mata, sementara tempat ketiga adalah Rossi dengan 181 mata di mana ia mampu dicabar oleh Stoner (181) dan Dovizioso (179) bagi tempat ketiga keseluruhan.

Perlumbaan yang bermula pada pukul 4 petang semalam, berlangsung dalam keadaan cuaca yang baik, dengan Lorenzo mempunyai kelebihan meluru ke depan selepas memulakan aksi di petak utama.

Bagaimanapun, tidak sampai satu pusingan Stoner terjatuh dah gagal menamatkan perlumbaan, sementara Rossi hanya menduduki tempat ke-11 daripada 15 pelumba.

Pada pusingan keempat Rossi berjaya menduduki tempat ketiga, menyaksikan pertembungan menarik antara tiga pelumba, Lorenzo, Dovizioso dan Rossi.

Dovizioso cemerlang pada pusingan kesembilan selepas memintas Lorenzo untuk mendahului perlumbaan, dalam masa yang sama Rossi berjaya mencatat pusingan terpantas 2:02.117s.

Rossi semakin bersemangat menerima sokongan padu peminatnya sehingga ke akhir perlumbaan.

Mr.Kayrell : Syabas Lorenzo, Rossi pun mantap juga.
READ MORE >>

Tuesday, October 5, 2010

Sukan Komanwel DELHI 2010 : Badang emas negara

0
ATLET angkat berat negara, Aricco Jumitih dan Naharudin Mahayudin mencipta kejutan pada hari kedua Sukan Komanwel 2010 semalam.

Kedua-dua atlet negara itu menamatkan kedudukan 1-2 dalam kategori 62 kilogram (kg) yang berlangsung di Stadium Jawaharlal Nehru.

Aricco melakukan angkatan seberat 120kg dalam acara snatch dan 156kg bagi clean & jerk untuk merekodkan angkatan keseluruhan 276kg.

Manakala Naharudin hanya kekurangan satu kilogram di belakang Aricco selepas merekodkan angkatan seberat 120kg bagi acara snacth dan 155Sukg bagi clean & jerk untuk mencatat jumlah keseluruhan 275kg.

Pingat perak acara tersebut dimenangi Anton Kurukulaasooriyage dari Sri Lanka dengan jumlah keseluruhan 272kg.

"Saya tak percaya boleh menang pingat emas hari ini (semalam). Saingan cukup sengit terutama daripada Kurukulaasooriyage dan Naharudin.

"Sudah tentu saya berasa gembira dengan kemenangan ini kerana ia adalah kejayaan yang pertama dalam kejohanan besar seperti ini," kata atlet berusia 20 tahun kelahiran Kota Kinabalu, Sabah itu.

Menurut Aricco, Sukan Komanwel adalah temasya sukan terbesar pertama pernah disertainya.

Katanya, dia tidak pernah melayakkan diri ke temasya Sukan SEA atau Sukan Asia sebelum ini.

"Pada saingan hari ini (semalam) saya ketinggalan di tempat keempat dalam acara snacth tetapi berjaya melakukan angkatan yang lebih baik dalam clean & jerk," katanya.

Sementara itu, atlet berpengalaman negara, Naharudin terpaksa akur dengan kekalahan kepada Aricco meskipun dia mendahului di tempat pertama dalam acara snacth.

"Saya mengalami kecederaan pada siku kiri, sekali gus mengganggu tumpuan saya.

"Selain itu, kecederaan ini juga menyebabkan percubaan kedua saya dalam acara clean & jerk dibatalkan," kata pemenang pingat gangsa Sukan SEA 2007 di Korat, Thailand ini.

Mr.Kayrell : SYABAS!!! Badang Malaysia Power!!!
READ MORE >>

Monday, October 4, 2010

Sukan Komanwel DELHI 2010 : Angkatan emas gegar Delhi

0
NEW DELHI - Amirul Hamizan Ibrahim memastikan kontinjen Malaysia bermula baik pada hari pertama Sukan Komanwel, semalam apabila memberikan pingat pertama menerusi acara angkat berat.

Lebih membanggakan, emas pertama itu diiringi rekod baru kejohanan dalam acara snatch, apabila dia melakukan angkatan 116 kilogram.

Pingat tunggal tersebut pastinya memberi semangat kepada buruan lebih banyak pingat dalam beberapa acara final hari ini.

Kejayaan Amirul disaksikan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek di venue kejohanan Kompleks Sukan Jawaharlal Nehru.

Ahmad Shabery memuji kejayaan Amirul, dengan menyifatkan ia sebagai kebangkitan oleh atlet itu setelah terlepas aksi Sukan Komanwel Melbourne, kerana digantung akibat positif dadah.

Selain itu, kejayaan skuad hoki wanita negara yang mengalahkan Kanada 3-2, mendapat pujian Ahmad Shabery.

Kejayaan anak buah Yahaya Atan begitu membanggakan, selepas mereka menjadi skuad belasahan pada temasya di Manchester.

Ahmad Shabery berkata, jika dahulu kita hanya menjadi mangsa pasukan ternama, semalam, sebaliknya pula terjadi apabila kita mengalahkan Kanada.

''Saya harap prestasi hari pertama atlet kita terutama sukan hoki wanita, juga atlet-atlet yang lain yang melepasi halangan awal, akan terus cemerlang selepas ini," katanya.

Norbaini Hashim memastikan skuad hoki wanita negara bermula cemerlang pada temasya di sini, apabila memastikan kemenangan 3-2 ke atas Kanada dalam saingan Kumpulan B.

Kemenangan tersebut amat membangga kerana di atas kertas, skuad negara diramal sukar untuk menewaskan Kanada, yang menduduki ranking ke-19 dunia.

Skuad kebangsaan berada pada ranking ke-22 dunia.

- sumber dari Utusan

Mr.Kayrell : Tahniah, memang Badang sejati.
READ MORE >>

Sukan Komanwel DELHI 2010 : Misi memburu emas bermula

0
BURUAN pingat emas pada Sukan Komanwel 2010 akan bermula secara rasminya hari ini.

Daripada 17 acara sukan yang dipertandingkan, 11 akan membuka gelanggang masing-masing.

Acara renang akan berlangsung di Kompleks Renang Dr. S.P Mukherjee dikuti dengan memanah dan ping pong (Kompleks Sukan Yamuna), badminton dan skuasy (Kompleks Sukan Siri Fort), gimnastik (Kompleks Sukan Indira Gandhi), hoki (Stadium Kebangsaan Mayor Dhyan Chand).

Manakala acara boling padang dan angkat berat di Stadium Jawaharlal Nehru, bola jaring (Kompleks Sukan Thyagaraj) dan tenis (Stadium Tenis RK Khanna).

Begitupun, tumpuan kontinjen dan seluruh rakyat Malaysia sudah pasti terarah di Stadium Jawaharlal Nehru.

Lagu Negaraku bakal berkumandang di stadium keramat ini sekiranya atlet angkat berat negara, Amirul Hamizan Ibrahim berjaya menghadirkan pingat emas pertama negara.

Untuk rekod, Amirul yang berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2008 di Beijing adalah antara atlet yang berjaya menyumbang tiga pingat emas ketika membuat penampilan di Manchester 2006

Angkat berat dianggap sebagai acara tradisi Malaysia untuk meraih pingat kerana pada tahun 2006 di Melbourne, Mohd. Faizal Baharom menghadiahkan pingat emas buat negara dalam kategori 56kg.

Selain angkat berat, prospek 10 pingat emas yang menjadi sasaran juga dijangka hadir menerusi acara skuasy yang diketuai Datuk Nicol Ann David, Loe Wee Wern, Mohamad Azlan Iskandar dan Ong Beng Hee.

Penguasaan Datuk Lee Chong Wei dalam acara badminton turut mencerahkan peluang negara untuk meraih pingat emas.

Cabaran juga turut disandarkan kepada pasangan Koo Kien Kiat-Tan Boong Heong dan perseorangan wanita, Wong Mew Choo.

Sementara itu, ketiadaan pelumba basikal trek No. 1 dunia, Chris Hoy dari Britain memudahkan peluang Mohd. Azizulhasni Awang untuk menghadirkan pingat emas buat Malaysia.

Pelumba kelahiran Terengganu ini mempunyai rekod yang cemerlang selepas memenangi pingat perak pada Kejohanan Trek Dunia di Copenhagen, Denmark tahun ini.

Turut diletakkan harapan dalam acara trek adalah Josiah Ng Onn Lam dan Rizal Tisin manakala Anuar Manan mengetuai pasukan negara dalam dalam acara lebuh raya.

Tidak keterlaluan juga untuk mengatakan acara boling padang menjadi 'lubuk emas' buat Malaysia selepas menampilkan beberapa pemain berpengalaman seperti pemenang pingat emas dua Sukan Komanwel di Manchester (2002) dan Melbourne (2006), Siti Zalina Ahmad.

Pemain No. 1 dunia, Safuan Said turut menjadi sandaran negara dalam acara perseorangan lelaki bersama Syed Mohamad Syed Akil dan Nor Hashimah Ismail.

Lain-lain acara yang dijangka mampu mencipta kejutan pada edisi ke-19 tema- sya ini adalah akuatik, memanah, olahraga, menembak dan hoki lelaki.

Galeri Gambar Perasmian

Galeri Perasmian Sukan Komanwel Delhi 2010
Galeri Perasmian Sukan Komanwel Delhi 2010
Galeri Perasmian Sukan Komanwel Delhi 2010
Galeri Perasmian Sukan Komanwel Delhi 2010
Galeri Perasmian Sukan Komanwel Delhi 2010
Galeri Perasmian Sukan Komanwel Delhi 2010
Galeri Perasmian Sukan Komanwel Delhi 2010
Galeri Perasmian Sukan Komanwel Delhi 2010
Galeri Perasmian Sukan Komanwel Delhi 2010
Galeri Perasmian Sukan Komanwel Delhi 2010
Galeri Perasmian Sukan Komanwel Delhi 2010
Galeri Perasmian Sukan Komanwel Delhi 2010Mr.Kayrell : SYABAS BETHEY...SYABAS. ... Syabas... Inspector Sahab!!!
READ MORE >>

Sunday, October 3, 2010

BPL : Liverpool makin derita

0
NASIB Liverpool terus malang apabila kini menghuni tangga ketiga tercorot Liga Perdana England selepas tewas buat kali ketiga musim ini kepada pendatang baru, Blackpool 1-2 di tempat sendiri semalam.

Kedudukan itu sekali gus menambah derita skuad bimbingan Roy Hodgson yang kini hanya mencatat satu kemenangan dan tiga seri selepas mengharungi tujuh perlawanan setakat ini.

Perebutan takhta liga pula makin rancak dengan pasukan berbelanja besar, Manchester City menang 2-1 ke atas Newcastle untuk merampas tangga kedua liga daripada Arsenal yang tewas 0-2 kepada Chelsea.

Ini bermakna City (14 mata) makin menghampiri pendahulu liga, Chelsea (18 mata) apabila dua pasukan teratas itu kini hanya dipisahkan dengan empat mata sahaja.

Manchester United pula di tangga ketiga dengan 13 mata diikuti Arsenal 11 mata.

Mr.Kayrell : "Manchester United Die Hard Fans"
READ MORE >>

Piala Malaysia : Selangor pertama ke suku akhir

0
KUALA LUMPUR - Selangor menjadi pasukan pertama melayakkan diri ke suku akhir Piala Malaysia 2010 selepas mencatat kemenangan keempat berturut-turut dalam saingan Kumpulan D dengan menewaskan T-Team 2-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah semalam.

Bagaimanapun Selangor tersentak pada minit ke-28 hasil jaringan awal Haris Safwan Mohd. Kamal, sebelum bangkit menerusi gol penyamaan Amirulhadi Zainal pada minit ke-43.

Safee Sali muncul wira dengan menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-65 seterusnya mengesahkan kemaraan skuad bimbingan K. Devan itu selepas menduduki tangga teratas Kumpulan D.

Sementara itu dalam kumpulan yang sama, Perlis mencatat kemenangan besar 5-0 ke atas Felda United di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, untuk membolehkan mereka berkongsi enam mata dengan T-Team dalam satu lagi perebutan tiket suku akhir.

Bagi saingan Kumpulan A, Negeri Sembilan dan Kelantan terikat 2-2 dalam aksi di Stadium Tunku Abdul Rahman Paroi, yang menyaksikan Shahurain Abu Samah meletakkan tuan rumah di depan hasil rembatan kencang pada minit ke-25.

Negeri Sembilan memperoleh gol kedua menerusi sepakan penalti Abdul Halim Zainal, bagaimanapun Kelantan bangkit mendadak dalam tempoh empat minit hasil jaringan Zairul Fitree Ishak pada minit ke-66 dan Akmal Rizal Ahmad Rakhli minit ke-69.

Di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, PKNS menewaskan KL Plus 3-2. Rusydee Samsuddin membuka jaringan pada minit kedua selepas percubaannya terkena pemain PKNS, bagaimanapun Mohd. Alafi Mahmud menyamakan kedudukan lima minit kemudian.

KL Plus kembali di depan hasil jaringan Nizaruddin Yusof pada minit ke-32, kedudukan kembali terikat 2-2 selepas P. Rajesh menambah gol PKNS pada minit ke-45, sebelum Mohd. Azrif Nashrulhaq menjaringkan gol kemenangan PKNS pada minit ke-78.

Di Stadium Darul Makmur, Pahang tewas 0-2 menentang Terengganu bagi saingan Kumpulan B, gol Terengganu disumbangkan oleh Abdul Manaf Mamat dan Ashaari Shamsuddin

Di Stadium Likas, tuan rumah, Sabah berjaya meraih tiga mata untuk menduduki tangga teratas Kumpulan B selepas menewaskan Kuala Lumpur 3-2 apabila Farid Ideris menjaringkan gol kemenangan di minit akhir perlawanan.

Sebelum itu Sabah mendahului 1-0 melalui jaringan Afif Amiruddin pada minit kelima, sebelum Zainizam Marjan menggandakan jaringan pada minit ke-20 hasil tandukan yang berpunca daripada sepakan percuma Mafry Balang namun Kuala Lumpur menjadikan kedudukan 2-2 menerusi gol Mohd. Badrul Hisyam Azmi dan Ahmad Azlan Zainal minit ke-74 dan 75.

Di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Perak menang tipis 1-0 ke atas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk saingan Kumpulan C selepas Shahrizal Saad menjaringkan gol tunggal pada minit ke-76, manakala satu lagi perlawanan menyaksikan Kedah seri 0-0 menentang Johor FC.

-sumber dari Utusan

Mr.Kayrell : Tahniah Perak!!! Kejor Yop Kejor!!!
READ MORE >>

GALLERY

Muzik
 

Copyright © 2009 by Real Media Malaya, Musician Blog Design, People.com Inspiration Powered By Blogger, The Blog Full of Games