Monday, October 4, 2010

Sukan Komanwel DELHI 2010 : Misi memburu emas bermula

BURUAN pingat emas pada Sukan Komanwel 2010 akan bermula secara rasminya hari ini.

Daripada 17 acara sukan yang dipertandingkan, 11 akan membuka gelanggang masing-masing.

Acara renang akan berlangsung di Kompleks Renang Dr. S.P Mukherjee dikuti dengan memanah dan ping pong (Kompleks Sukan Yamuna), badminton dan skuasy (Kompleks Sukan Siri Fort), gimnastik (Kompleks Sukan Indira Gandhi), hoki (Stadium Kebangsaan Mayor Dhyan Chand).

Manakala acara boling padang dan angkat berat di Stadium Jawaharlal Nehru, bola jaring (Kompleks Sukan Thyagaraj) dan tenis (Stadium Tenis RK Khanna).

Begitupun, tumpuan kontinjen dan seluruh rakyat Malaysia sudah pasti terarah di Stadium Jawaharlal Nehru.

Lagu Negaraku bakal berkumandang di stadium keramat ini sekiranya atlet angkat berat negara, Amirul Hamizan Ibrahim berjaya menghadirkan pingat emas pertama negara.

Untuk rekod, Amirul yang berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2008 di Beijing adalah antara atlet yang berjaya menyumbang tiga pingat emas ketika membuat penampilan di Manchester 2006

Angkat berat dianggap sebagai acara tradisi Malaysia untuk meraih pingat kerana pada tahun 2006 di Melbourne, Mohd. Faizal Baharom menghadiahkan pingat emas buat negara dalam kategori 56kg.

Selain angkat berat, prospek 10 pingat emas yang menjadi sasaran juga dijangka hadir menerusi acara skuasy yang diketuai Datuk Nicol Ann David, Loe Wee Wern, Mohamad Azlan Iskandar dan Ong Beng Hee.

Penguasaan Datuk Lee Chong Wei dalam acara badminton turut mencerahkan peluang negara untuk meraih pingat emas.

Cabaran juga turut disandarkan kepada pasangan Koo Kien Kiat-Tan Boong Heong dan perseorangan wanita, Wong Mew Choo.

Sementara itu, ketiadaan pelumba basikal trek No. 1 dunia, Chris Hoy dari Britain memudahkan peluang Mohd. Azizulhasni Awang untuk menghadirkan pingat emas buat Malaysia.

Pelumba kelahiran Terengganu ini mempunyai rekod yang cemerlang selepas memenangi pingat perak pada Kejohanan Trek Dunia di Copenhagen, Denmark tahun ini.

Turut diletakkan harapan dalam acara trek adalah Josiah Ng Onn Lam dan Rizal Tisin manakala Anuar Manan mengetuai pasukan negara dalam dalam acara lebuh raya.

Tidak keterlaluan juga untuk mengatakan acara boling padang menjadi 'lubuk emas' buat Malaysia selepas menampilkan beberapa pemain berpengalaman seperti pemenang pingat emas dua Sukan Komanwel di Manchester (2002) dan Melbourne (2006), Siti Zalina Ahmad.

Pemain No. 1 dunia, Safuan Said turut menjadi sandaran negara dalam acara perseorangan lelaki bersama Syed Mohamad Syed Akil dan Nor Hashimah Ismail.

Lain-lain acara yang dijangka mampu mencipta kejutan pada edisi ke-19 tema- sya ini adalah akuatik, memanah, olahraga, menembak dan hoki lelaki.

Galeri Gambar Perasmian

Galeri Perasmian Sukan Komanwel Delhi 2010
Galeri Perasmian Sukan Komanwel Delhi 2010
Galeri Perasmian Sukan Komanwel Delhi 2010
Galeri Perasmian Sukan Komanwel Delhi 2010
Galeri Perasmian Sukan Komanwel Delhi 2010
Galeri Perasmian Sukan Komanwel Delhi 2010
Galeri Perasmian Sukan Komanwel Delhi 2010
Galeri Perasmian Sukan Komanwel Delhi 2010
Galeri Perasmian Sukan Komanwel Delhi 2010
Galeri Perasmian Sukan Komanwel Delhi 2010
Galeri Perasmian Sukan Komanwel Delhi 2010
Galeri Perasmian Sukan Komanwel Delhi 2010Mr.Kayrell : SYABAS BETHEY...SYABAS. ... Syabas... Inspector Sahab!!!

Comments :

0 comments to “Sukan Komanwel DELHI 2010 : Misi memburu emas bermula”

Post a Comment

 

Copyright © 2009 by Real Media Malaya, Musician Blog Design, People.com Inspiration Powered By Blogger, The Blog Full of Games