Showing posts with label Dunia. Show all posts
Showing posts with label Dunia. Show all posts

Monday, October 11, 2010

TV Host Paul Henry : Letak Jawatan Ejek Nama Ketua Menteri New Delhi Sheila Dikshit

0
WELLINGTON: Seorang hos televisyen umum New Zealand meletak jawatan semalam selepas ejekannya ke atas nama seorang diplomat India mencetuskan satu bantahan perkauman diplomatik.
Pengacara kontroversi Paul Henry melepaskan jawatannya dengan Television New Zealand kerana ejekannya terhadap nama Ketua Menteri New Delhi, Sheila Dikshit.

Nama keluarganya bermaksud ‘orang yang menerima permulaan agama’ dan ia hanya boleh digunakan golongan Brahmin, kasta tertinggi di kalangan masyarakat India. Bagaimanapun, bagi pendengaran tidak biasa, ia disebut sama dengan sebutan bahasa Inggeris yang menyerupai perkataan lucah.

Dalam rancangan Breakfast dua minggu lalu, Henry turut menggelar nama Dikshit ‘amat tidak wajar kerana beliau seorang India.’
Dikshit, setaraf dengan datuk bandar, turun padang untuk melihat persediaan akhir Sukan Komanwel yang kini sedang berlangsung di ibu kota India itu

-sumber dari Berita harian

Mr.Kayrell : Tak baik permainkan nama orang. Sedap sangat ke nama dia?
READ MORE >>

Tuesday, October 5, 2010

Clara Meadmore : Wanita 107 tahun masih dara

0
CORNWALL - Seorang anak dara berusia 107 tahun, Clara Meadmore mengakui dia tidak pernah melakukan hubungan seks, lapor sebuah akhbar semalam.

Perawan warga emas itu meraikan hari jadinya yang ke-107 pada Ahad lepas.

Ditanya bagaimana dia mengekalkan daranya sejak sekian lama, wanita itu menyatakan, dia terlalu sibuk dan percaya seks cuma mengganggu kehidupannya.

Menurut Clara yang berasal dari sini, England, semasa usianya remaja pada tahun 1920-an dan 1930-an, seks adalah untuk wanita yang telah berkahwin.

Dia tidak berhasrat untuk berumah tangga dan pernah menolak beberapa lamaran sebelum ini.

"Orang pernah bertanya sama ada saya homoseks dan jawapannya adalah tidak," kata Clara.

"Saya mempunyai ramai kenalan lelaki tetapi tidak berminat dengan seks atau perkahwinan," tambahnya. - Agensi

Mr.Kayrell : "...dia terlalu sibuk dan percaya seks cuma mengganggu kehidupannya..."????? isk² rugi.
READ MORE >>

Sunday, October 3, 2010

Cebu Pacific Airlines : Pramugari menari ala Lady Gaga dalam pesawat

0
MANILA - Beberapa pramugari dalam sebuah pesawat penerbangan Cebu Pacific Airlines menari ala penyanyi terkenal, Lady Gaga semasa membuat demonstrasi memakai jaket keselamatan, lapor sebuah akhbar semalam.

Pramugari-pramugari itu yang memakai baju T ketat menari mengikut irama muzik Just Dance dengan wajah yang tersenyum.

Gerakan lincah dan lembut pramugari itu menyebabkan ramai penumpang melihat demonstrasi keselamatan tersebut.

Pramugari-pramugari itu turut menari mengikut irama lagu California Gurls yang dipopularkan juga oleh Katy Perry.

Kedua-dua muzik itu mempunyai suara latar yang memberitahu penumpang apa yang perlu dilakukan oleh penumpang semasa pesawat membuat pendaratan cemas.

Naib Presiden Pemasaran Cebu Pacific Airlines, Candice Iyog memberitahu stesen televisyen GMANewsTV: "Cebu Pacific selalu dikenali sebagai sebuah pesawat yang menyeronokkan. Kami mahu memberitahu mesej kepada pelanggan kami bahawa demonstrasi keselamatan bukannya membosankan."

Pramugari itu mendapat latihan daripada seorang pereka tari profesional.

Seorang penumpang telah merakamkan aksi pramugari itu menerusi telefon bimbit dan menghantar ke YouTube untuk disiarkan.

- sumber dari Agensi


Cebu Pacific attendants made to dance!

Mr.Kayrell : Pramugari Air Asia bile nak menari ala Stacy (jahatnya kamu)?
READ MORE >>

GALLERY

Muzik
 

Copyright © 2009 by Real Media Malaya, Musician Blog Design, People.com Inspiration Powered By Blogger, The Blog Full of Games