Surat dari kak Midah ke bang." Aku bertanya apabila terlihat abang termenung duduk di sofa sambil menatap sepucuk surat. Entah apa yang difikirkannya, aku pun tak pasti.
"Bukan, dari kampung." Abang menjawab ringkas, lalu menghulurkan surat itu kepada ku.
"Kampung?" kuulangi perkataan yang baru abang ucapkan sebentar tadi, lalu kubaca isi kandungan surat tersebut. Kini kufahami setiap ayat yang tercatat didalamnya. Aku mula mengerti mengapa abang termenung tadi. Mungkin abang sedang memikirkan ayahnya yang dalam keadaan tenat itu atau mungkin juga abang memikirkan keadaan kampung dan keluarga kandungnya yang ditinggalkan berbelas tahun dahulu.
Sekarang usia abang meningkat 25 tahun. Sejak menjejakkan kaki ke sekolah menengah, papa tidak lagi membawa abang pulang ke kampung untuk melawat keluarga kandungnya kerana mama melarang. Aku pun tidak tahu mengapa mama bersikap demikian.
Daripada apa yang kutahu, abang menjadi anak angkat mama dan papa sejak lahir lagi. Abang adalah anak kepada sepupu papa yang tinggal di sebuah kampung pedalaman. Menurut mama, keluarga kandung abang miskin, adik-beradik pula ramai. Abang mempunyai dua orang kakak yang sudah berumahtangga dan mengikut suami masing-masing. Selain itu abang juga mempunyai tujuh orang adik, empat perempuan. Tiga lelaki. Abang sendiri anak ketiga dalam keluarga tersebut.
"Apa keputusan abang?" Aku bertanya, sambil menghulurkan surat yang baru selesai kubaca. "Abang kena beritahu mama dan papa tentang perkara ini," kata abang. Aku tahu abang memang seorang anak yang baik. Abang tidak pernah membelakangkan orang tua dalam apa jua perkara. Abang menyambung semula lamunannya setelah menjawab pertanyaanku tadi. Aku melangkahkan kaki menuju ke dapur meninggalkan abang bersama lamunannya.
Aku faham perasaan abang. Persefahaman antara kami terjalin sejak kami kecil lagi. Aku mengagumi cara mama dan papa mendidik kami. Aku dan abang tidak pernah bersengketa sesama sendiri, mana kami pergi. Abang sering mengadu setiap masalah yang dihadapinya kepadaku walaupun abang tahu usiaku enam tahun lebih muda daripadanya. Begitu juga dengan diriku. Kami sama-sama menyelesaikan setiap masalah yang kami hadapi. Selepas makan malam, mama, papa dan abang beredar ke ruang tamu. Aku membantu Mak Limah, pembantu rumah kami di dapur. Selesai saja kerjaku, aku melangkahkan kaki menuju ke ruang tamu.
Mama, papa dan abang begitu asyik menonton filem yang ditayangkan di kaca televisyen, sehinggakan tidak menyedari kehadiranku. "Cerita apa, bang?" Aku bertanya pada abang.
"Stars of The world," abang menjawab ringkas. Suasana sepi semula, masing-masing menumpukan perhatian pada kaca televisyen.
Abang mula memberi isyarat padaku, agar aku memulakan perbualan mengenai kedatangan surat yang tidak diundang siang tadi. Aku fikir abang takut untuk menyatakan perkara itu pada mama dan papa. Sesekali terfikir juga aku tentang reaksi mama dan papa apabila mendengar cerita daripadaku nanti. Namun, demi kerana abang, aku cuba memberanikan diri untuk memulakan perbualan antara kami, walaupun di sudut hatiku terpendam perasaan takut.
"Siang tadi, abang terima sepucuk surat daripada kampung," kataku memulakan perbualan.
"Surat daripada emak di kampung. Kata emak, ayah sakit tenat. Ayah teringin nak tengok Man," abang mencelah tanpa teragak-agak lagi. Kulihat mama menjeling tajam ke arah papa, seolah-olah kurang senang dengan apa yang dilafazkan oleh abang.
"Jadi, apa keputusan Man?" Mama bertanya dengan nada suara yang agak keras. "Papa fikir elok Man pulang ke kampung segera. Ayah Man sakit, inilah masanya Man berjumpa dengan keluarga Man. Lagi pun sekarang ni cuti sekolah." Papa mencelah memberi jawapan bagi soalan mama. Begitu panjang lebar jawapan yang papa berikan.
"Oh, jadi abang benarkan budak Azman tu pulang ke kampungnya? Mesti ada apa-apa tu." Mama membuat tafsiran yang kurang baik terhadap Pak Tahir, ayah kandung abang
"Jangan menuduh tanpa usul periksa. Azman, elok kau kemaskan pakaian kau, esok pagi kita pulang ke kampung," kata papa memberi keputusan muktamad. Ku lihat mama segera beredar meninggalkan ruang tamu dengan mulutnya yang muncung seperti ikan todak.
"Papa, adik nak ikut abang, boleh tak?' Aku cuba menduga. Aku teringin benar hendak melihat keluarga kandung abang.
Papa tersenyum lalu menganggukkan kepala tanda bersetuju. Papa memang faham dengan perangaiku. Aku memang tidak boleh berenggang dengan abang, begitu juga dengan abang. Sejak abang keluar daripada universiti dan menjadi seorang guru, aku dan abang tidak pernah berpisah, kami sentiasa bersama walaupun kemana sahaja.
Tepat 7:00 pagi, aku, abang dan papa bertolak menuju ke destinasi yang kami rancangkan. Mama menolak permintaan papa untuk menyertai kami dengan seribu alasan. Mama cuma menghantar kami hingga ke stesen teksi. "Mengapa naik teksi Papa?" Aku bertanya untuk memulakan perbualan, setelah kami berada di dalam perut teksi. "Kampung tu kampung pedalaman, di seberang sungai pula. Susah nak cari tempat letak kereta,"
Papa menjelaskan padaku. Perbualan kami terhenti di situ saja. Abang yang duduk di sisiku begitu asyik membaca akhbar Berita Harian yang dibelinya di stesen teksi tadi. Perjalanan memakan masa selama dua jam. Akhirnya kami tiba di sebuah pekan kecil, tetapi, itu bukan destinasi ingin kami tujui. Kami terpaksa menaiki sebuah sampan untuk ke seberang sungai. Di pangkalan, kedatangan kami disambut oleh sekumpulan anak kecil yang bermain di pangkalan itu. Beberapa orang wanita muda yang mencuci pakaian memandang kami dengan pandangan yang semacam. Ada yang menegur dan tak kurang pula yang berbisik-bisik sesama sendiri. Entah apa yang dibisikkan aku pun tak tahu. Kumpulan anak kecil tadi terus mengekori setiap langkah kami. Sesekali aku dan abang melayan kerenah mereka.
Namun, perasaan gerun pada pandangan yang semacam penduduk kampung masih melekat di hatiku. Mereka memandang kami seolah-olah kami ini makhluk asing dari planet Pluto. Entah apalah pendapat mereka tentang kedatangan kami ke desa itu. Setelah hampir sejam berjalan kaki, akhirnya kami tiba di destinasi yang kami tujui.
"Assalamualaikum," papa memberi salam kepada, penghuni rumah kecil yang terletak di hadapan pandangan mataku.
"Inikah rumah keluarga abang Azman?" Hati kecilku berbisik. "Waalaikummussalam, eh ... Borhan, jemputlah naik,' seorang perempuan separuh umur menjawab.
"Mana Ramlah?" Dia bertanya "Ramlah tak dapat datang, dia sibuk dengan kerjanya," papa menjawab seolah-olah ingin berbohong. Setelah bersalaman barulah aku tahu bahawa perempuan separuh umur tadi ialah Mak leha, ibu kandung abang Azman. Di sebuah bilik kulihat sekujur tubuh tua berbaring di atas katil usang, dikelilingi oleh anak-anak dengan wajah sayu. Itulah Pak Tahir, ayah abang Azman. Pak Tahir menitiskan air mata apabila abang mencium tangannya. Mungkinkah itu air mata gembira seorang ayah yang begitu merindui kehadiran anaknya?
Petang itu papa pulang semula ke bandar kerana keesokannya papa ada mesyuarat penting. Papa seorang usahawan, tentu banyak perkara yang perlu diuruskan. Hanya aku dan abang yang mengambil keputusan untuk bermalam. Beberapa hari di kampung, aku dan abang sudah dapat menyesuaikan diri dengan keadaan kampung, walaupun perkampungan adalah dunia yang baru bagiku. Aku tahu, sejak kecil aku dan abang dibesarkan dalam kemewahan dan kami tidak mengerti erti kesusahan.
Tetapi, setibanya di desa ini, aku dan abang seperti sudah biasa dengan suasana desa. Kami tidak kekok duduk bersimpuh di lantai, tidur dengan hanya beralaskan tikar mengkuang. Kegelapan malam di rumah kecil yang hanya diterangi oleh cahaya lampu minyak tanah bukanlah masalah yang besar bagi kami.
Hari keempat aku dan abang, di desa ini, penyakit Pak Tabir semakin tenat. Takdir Tuhan menentukan Pak Tahir menghembuskan nafasnya yang terakhir pada hari itu. Begitu sayu hati ini mendengar suara tangisan Mak Leha dan anak-anaknya. Aku turut mengalirkan air mata mengiringi pemergian Pak Tahir. Tapi, ku perhatikan hanya abang sahaja yang tidak menitiskan air mata setitik pun, walaupun dia terlalu sedih.
Ternyata abang begitu tabah menghadapi kenyataan ini. Suatu ketika dulu abang pernah berkata bahawa setiap titik air mata yang mengalir keluar daripada mata seseorang tidak akan dapat menghidupkan orang yang telah mati. Mungkin prinsip itu yang masih abang pegang hingga ke hari ini. Kematian Pak Tahir tidak meninggalkan timbunan harta untuk anak-anak ditinggalkan.
Yang ada cumalah sebuah rumah kecil dan kebun kelapa yang luasnya hanya sekangkang kera. Kebun itulah yang bakal menyara kehidupan Mak Leha dan anak-anaknya.
Hari ini merupakan hari kedua Pak Tahir meninggal dunia. Awal pagi tadi kedua-dua kakak abang Azman berangkat meninggalkan rumah kecil ini untuk menuju ke destinasi masing-masing. Ku lihat Mak Leha mengiringi pemergian kedua-dua anaknya dengan titisan air mata.
Aku fikir tentu Mak Leha keberatan untuk melepaskan mereka itu, namun, apakan daya kerana mereka bukan dalam tanggungannya lagi. "Adik, esok giliran kita pula meninggalkan desa ini", suara abang menghapuskan lamunanku. Aku hanya menganggukkan kepala kerana bagiku setiap keputusan abang adalah keputusanku jua. Selepas menikmati makan malam, aku, abang dan Mak Leha duduk di beranda. Suasana begitu sepi sesekali kedengaran bunyi cengkerik mengisi ruang yang sepi ini. Dari jauh kuperhatikan adik-adik abang yang lain begitu tekun mengulangkaji pelajaran walaupun hanya diterangi oleh cahaya pelita.
lzam, anak Mak Leha yang keempat begitu khusyuk membaca buku Ekonomi. Usia kami sebaya tapi ternyata, lzam lebih tekun daripadaku walaupun aku tahu, pada penghujung Oktober nanti STPM menanti kami.
"Adakah kemiskinan ini yang memberi semangat kepada lzam untuk terus berusaha?" Hati kecilku berbisik. Nani pula sibuk dengan SPM nya yang akan menjelma dua bulan dari sekarang. Ayu, adik abang yang ketiga juga sedang bersedia untuk PMR yang akan dihadapinya pertengahan September nanti.
Imah dan Ida walaupun tidak menduduki peperiksaan penting, namun mereka tidak membuang masa begitu saja. Hanya Lan dan Adi, adik bongsu abang yang kembar masih asyik bermain dengan congkak buatan mereka sendiri.
"Mak," suara abang tiba-tiba memecahkan keheningan malam. Aku mengalihkan pandangan ke arah abang.
"Ada apa, Man," Mak Leha bertanya sambil menghirup secawan kopi panas.
"Esok, Man dan adik nak pulang ke bandar." Abang terhenti sebentar sambil memerhatikan muka emaknya. "Lagi pun cuti sekolah dah nak habis," kata abang menyambung perbualan. Mak Leha hanya membisu seribu bahasa, cuma matanya merenung tepat ke arah kami.
"Mengapa, mak?" Abang bertanya apabila melihat wajah emaknya yang sayu. "Entahlah nak, hati mak begitu berat untuk melepaskan kamu berdua pulang. Jika kamu berdua pergi nanti, tentu rumah ini menjadi sunyi. Yang tinggal hanya emak dan adik-adik kamu. Di rumah kecil inilah kami akan meneruskan perjuangan untuk terus hidup," kata Mak Leha meluahkan segala isi hatinya.
"Insya-Allah mak, kalau ada masa terluang nanti, Man akan selalu ke sini menjenguk mak dan adik-adik," abang mengucapkan dengan penuh rasa tanggungjawab.
"Yalah mak cik, janganlah mak cik risau," aku mencelah, menyokong kata-kata abang tadi. Pagi itu Mak Leha menghantar aku dan abang hingga ke pangkalan. Sekali lagi Mak Leha menitiskan air mata. Terharu juga hati ini untuk meninggalkan Mak Leha dan anak-anaknya yang begitu mesra denganku. Aku dan abang hanya mampu melambaikan tangan sebagai tanda ucap selamat tinggal kepada Mak Leha dan anak-anaknya yang berdiri di tebing sungai.
Di sepanjang perjalanan pulang, abang hanya duduk membisu, mungkin masih terkenangkan keluarganya yang ditinggalkan tadi. Cuma aku saja yang berbual dengan pemandu teksi yang kami tumpangi untuk menghilangkan rasa bosan. Sesampai sahaja di rumah, kulihat mama sibuk dengan pasu orkidnya.
Papa pula begitu asyik menatap akhbar Borneo Post seolah-olah tidak menyedari kepulangan kami.
"Baru nak balik? Ingatkan dah tak nak balik." Kudengar suara mama seperti menyindir kami. "Budak-budak tu kan baru balik, yang awak ini tiba-tiba naik angin, mengapa?" Papa meninggikan suaranva, tidak bersetuju dengan kata-kata mama.
"Papa, mama, ayah Man dah meninggal," tiba-tiba suara abang pula kedengaran di telingaku. Mama dan papa seakan-akan terkejut dengan apa yang mereka dengari sebentar tadi. Wajah mama segera berubah. Mama seperti menyesal kerana menyindir kami sebentar tadi.
"Innalillah-wainnaillah-hirajiun mama dan papa mengucap serentak dan buat pertama kalinya aku melihat papa menitiskan air mata mengenangkan pemergian sepupunya itu.
Sejak itu sikap mama berubah, kebenciannya pada Pak Tahir berakhir. Aku dan abang pula sering berulang-alik ke kampung. Mama tidak lagi menghalang pemergian kami dan akhirnya aku tahu mengapa mama begitu membenci Pak Tahir. Sebenarnya mama takut kehilangan abang, tetapi ternyata wasangka mama selama ini hanyalah mimpinya sahaja.
Kasih abang pada adik, mama, papa serta kedua-dua keluarganya tidak pernah berubah!
Mr.Kayrell : Sedihnyerrr... Tapi happy ending plak.

Comments :
0 comments to “Abang...”
Post a Comment