banner
.
Saturday, March 5, 2011
Sunday, October 24, 2010
FFM 23 : Keputusan Festival Filem Malaysia 23
0Naga VXS (Estet),
KRU Studios (Magika)
Red Films (Pisau Cukur)
MIG Production (V3 Samseng Jalanan)
Pemenang: Preston Zaidan Productions (Belukar)
PEREKA KOSTUM/BUSANA TERBAIK
Rosada Abd Hamid (Haq)
Dee Hasnan (Jin Notti)
Nasirah Ramlan (My Spy)
Inazs (Santau)
Pemenang: Dee Hasnan (Magika)
PELAKON KANAK-KANAK TERBAIK
Amirul Adli Bin Mohamed Norin (Haq)
Ammar Adli Bin Mohamed Norin (Haq)
Echa (Santau)
Pemenang: Fimie Don (Magika)
PELAKON HARAPAN WANITA
Adrea Abdullah (2 Alam)
Asyikin Kamal (Lagenda Budak Setan)
Putri Mardiana (Santau)
Shasha Arsheela (Pulau Asmara)
Pemenang: Daphne Iking (Belukar)
PELAKON HARAPAN LELAKI
Kamal Adli (Niyang Rapik)
Redza Minhat (Pisau Cukur)
Remy Ishak (Evolusi KL Drift 2)
Sheikh Bolkhiah (Pulau Asmara)
Shashi Taran (Estet)
LAGU TEMA ASAL TERBAIK
Syurga Seketika (Cat Farish – Niyang Rapik)
Menggegar Dunia (Edry – My Spy)
Penyembuh Rindu (Edry – Magika)
PENATAAN BUNYI TERBAIK
Brian Ng (Santau)
Brian Ng (Adnan Semp-It)
James Baum (Evolusi KL Drift 2)
Edry, Mohd Mohsin & Amaludin Syukri (Magika)
Brian Ng (V3 Samseng Jalanan)
PENATAAN SENI TERBAIK
Irwan Mazwan & Johan Lucas (Jin Notti)
Irwan Idris (Lagenda Budak Setan)
Dewa (Estet)
Jimmy (Evolusi KL Drift 2)
Johan Lucas & Anuar Paharudin (Magika)
PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK
Lisa Surihani (V3 Samseng Jalanan)
Fazura (Lagenda Budak Setan)
Raja Farah (Haq)
Ziana Zain (Magika)
Yana Shamsudin (Adnan Semp-It)
PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK
Bront Palarae (V3 Samseng Jalanan)
K.S Maniam (Estet)
Que Haidar (Lagenda Budak Setan)
Zul Handyblack (Santau)
Shaheizy Sam (Evolusi KL Drift 2)
PENGARAH HARAPAN
Farid Kamil (V3 Samseng Jalanan)
Jason Chong (Belukar)
C.L Hor (Haq)
Rosihan Zain (Hooperz)
Edry (Magika)
FILEM KOMEDI TERBAIK
MIG Production (Adnan Semp-It)
Tayangan Unggul (Kapoww!!)
KRU Studios (Magika)
Red Films (Pisau Cukur)
KRU Studios (My Spy)
Anugerah Lakon Layar Terbaik
Jumaatun Azmi (Haq)
Anugerah Cerita Asal Terbaik
Ahadiat Akashah (Lagenda Budak Setan)
Anugerah Sinematografi Terbaik
Raja Mukhriz (Filem Niyang Rapik)
Anugerah Penyunting Terbaik
Hisyam Jupri & Syamsul Yusof (Evolusi KL Drift 2)
Anugerah Skor Muzikal Asal Terbaik
Edry Abdul Halim (Magika)
Anugerah Filem Animasi Terbaik
Buas
Anugerah Dokumentari Terbaik
Suatu Ketika Laskar Senoi (Astro Entertaiment)
Anugerah Filem Pendek Terbaik
Project
Anugerah Pelakon Veteren Lelaki FFM23
Seniman Tamam Idris
Filem Boxoffice FFM23
Adnan Sempit
Anugerah Pelakon Veteren Wanita FMM23
Seniwati Datuk Sarimah Ahmad
Anugerah Khas Penggiat Belakang Tabir FFM23
Johari Ibrahim
Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik
Pemenang: Bront Palarae – Filem Belukar
Anugerah Pelakon Wanita Terbaik
Lisa Surihani (Lagenda Budak Setan)
Anugerah Pengarah Filem Terbaik
Shamsul Yusof dari Scop Productions (hadiah trofi & hadiah RM20ribu)
Anugerah Filem Terbaik FFM23
Filem Magika (hadiah trofi & RM50ribu)
Mr.Kayrell : Syabas MAGIKA dan juga kepada semua pemenang.
PRK Parlimen Batu Sapi : Pakatan sandar harapan pada Abdullah Ansari
0Pakatan Rakyat hari mengumumkan pemilihan ketua cabang PKR Tuaran, Ansari Abdullah sebagai calonnya dalam pilihan raya kecil parlimen Batu Sapi 4 November ini.
Anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR berusia 56 tahun itu adalah seorang peguam lulusan Universiti Malaya.
Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pencalonan Ansari itu di satu majlis di Dewan Persatuan Hakka Sandakan petang ini.
Antara yang hadir ialah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; naib presiden PKR, Azmin Ali; pengarah pilihan raya PKR, Fuziah Salleh dan pengerusi DAP Sabah, Hiew King Cheu.
Ahli parlimen DAP Lim Kit Siang tidak dapat hadir hari ini kerana tidak sihat.
Kira-kira 2,000 menghadiri majlis tersebut sambil melaungkan "reformasi" selepas pengumuman itu dibuat.
Ketika diminta mengulas mengenai kemungkinan berlaku perpecahan undi di kalangan pembangkang apabila Parti Maju Sabah (SAPP) turut bertanding, Anwar memberitahu Bernama bahawa soal itu tidak timbul kerana SAPP tidak pernah menyifatkan diri mereka, termasuk di Parlimen, sebagai pembangkang.
Katanya SAPP adalah parti bebas yang boleh menyokong mana-mana pihak dan sehubungan itu undi mungkin berpecah di kalangan calon bebas.
Ansari pula mengakui pilihan raya kecil di Batu Sapi kali ini adalah
sengit namun yakin mampu memberi saingan kepada BN berdasarkan jumlah undi yang diperoleh pada pilihan raya umum ke-12.
Pengerusi DAP negeri Ir Hiew King Cheu juga mengakui pilihan raya kecil berkenaan adalah sengit.
BN hari ini mengumumkan pemilihan Timbalan Ketua Wanita Parti Bersatu Sabah Bahagian Elopura Datin Linda Tsen Thau Lin, sebagai calon BN bagi pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi.
SAPP pula memilih presidennya Datuk Yong Teck Lee sebagai calon pilihan raya kecil berkenaan.
Pilihan raya kecil Batu Sapi diadakan berikutan kematian penyandangnya, mendiang Datuk Edmund Chong Ket Wah, 54, dalam kemalangan jalan raya pada 9 Oktober lepas.
Penamaan calon bagi pilihan raya kecil ini akan diadakan pada Selasa ini dan pengundian pada 4 November.
READ MORE >>

PRK Parlimen Batu Sapi : Balu Edmund Chong calon BN di Batu Sapi
0BN akan meletakkan Datin Linda Tsen Thau Lin, 54, sebagai calonnya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil parlimen Batu Sapi 4 November ini.
Beliau adalah timbalan ketua Wanita PBS Elopura dan isteri kepada mendiang Datuk Edmund Chong Ket Wah.
Ketua Menteri Sabah yang juga pengerusi BN negeri, Datuk Musa Aman berkata, jawatankuasa BN negeri sebulat suara memilih Linda bertanding di Batu Sapi.
Katanya, BN yakin dengan kemampuan calon BN itu untuk meneruskan khidmat kepada penduduk di kawasan berkenaan.
Pilihan raya kecil itu, yang diadakan berikutan kematian Edmund, 54, dalam kemalangan jalan raya pada 9 Oktober.
Penamaan calon bagi pilihan raya kecil ini akan diadakan Selasa ini dan pengundian pada 4 November.
Edward memenangi kerusi tersebut pada pilihan raya umum 2008 dengan majoriti 3,708 undi, dengan menewaskan calon Bebas, Chung Ong Wing. Edward memperolehi 9,479 undi manakala Chung mendapat 5,771 undi.
Kerusi parlimen Batu Sapi mempunyai 25,582 pengundi yang terdiri daripada 24,047 biasa dan 1,535 undi pos - dengan 15,099 atau 59.02 peratus pengundi bumiputera-Muslim, 689 bukan bumiputera-Muslim (2.69 peratus), 9,737 Cina (38.06 peratus) dan 57 lain-lain kaum (0.22 peratus).

PRK DUN Galas : Abdul Aziz Yusof calon BN di Galas
0Setiausaha Umno bahagian Gua Musang, Abdul Aziz Yusof, 49, diumumkan sebagai calon BN bagi pilihan raya kecil DUN Galas pada 4 November ini.
Pengumuman tersebut dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin petang ini.
Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan berikutan kematian penyandang wakil rakyat dari PAS, Chek Hashim Sulaima, 46, akibat barah usus 27 September lepas.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil itu pada 26 Oktober ini.
Ketika membuat pengumuman itu, Muhyiddin berkata Abdul Aziz berpengalaman berkhidmat kepada rakyat sebagai pegawai kerajaan.
Berikutan pengumuman itu, Abdul Aziz akan melepaskan jawatannya sebagau pengurus pejabat operasi RPT Kesedar Sungai Terah, kata Muhyiddin.
Katanya, Abdul Aziz merupakan orang tempatan, orang Gua Musang dan umurnya masih muda.
Muhyiddin mengumumkan nama calon BN itu di Umno Bahagian Gua Musang di Bukit Chekati.
Menurut Muhyiddin, calon BN itu juga merupakan simbol keikhlasan kepemimpinan BN yang mampu dan berupaya memberikan kemajuan yang diingini penduduk Galas.
"Kita ada keupayaan sumber yang jauh lebih besar," katanya lagi.
Katanya lagi Abdul Aziz diputuskan sebagai calon oleh presiden parti Datuk Seri Najib Razak selepas membuat rundingan dengan ketua jentera pilihan raya Tengku Razaleigh Hamzah dan ketua perhubungan negerinya Datuk Seri Mustapa Mohamad.
Tengku Razaleigh yang juga ahli parlimen Gua Musang dan Mustapa hadir di majlis pengumuman calon BN itu.
Dalam sidang media selepas itu, Muhyiddin juga berkata calon BN itu mampu menghadapi calon PAS walaupun hanya berkelulusan SPM.
Calon PAS, Dr Zulkefli merupakan seorang pengamal perubatan dan mempunyai klinik di Chiku 3, Gua Musang.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil itu pada 26 Oktober ini.
PAS telah menamakan calonnya - Dr Zulkefli Mohamad - sebagai calonnya dalam pilihan raya kecil berkenaan.
Dr Zulkefli adalah pemangku yang dipertua PAS Gua Musang.

Mr.Kayrell : Tunggu dan lihat...
Saturday, October 23, 2010
PRK Parlimen Batu Sapi : 'Taiko' Yong Teck Lee calon SAPP di Batu Sapi
0Parti Maju Sabah (SAPP) akan meletakkan presidennya, Datuk Yong Teck Lee sebagai calonnya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil parlimen Batu Sapi 4 November ini.
Naib presiden SAPP, Poon Kee Yong membuat pengumuman itu pagi ini di majlis perasmian pejabat SAPP Karamunting di Bandar Leila, Sandakan.
Katanya, Sabah memerlukan seorang pemimpin untuk mengembalikan autonomi Sabah dan memperjuangkan hak-hak negeri tersebut.
"Kita perlukan seorang yang boleh membawa perubahan," katanya.
Pemilihan bekas ketua menteri Sabah berusia 52 tahun itu diputuskan dalam mesyuarat majlis tertinggi SAPP malam tadi.
Ini merupakan penyertaan pertama Yong dalam pilihan raya selepas pembatalan kelayakannya untuk bertanding dalam pilihan raya 2001 kerana melanggar peraturan pilihan raya.
Ia ditarik balik pada 2006, tetapi Yong tidak bertanding dalam pilihan raya umum 2008 apabila permintaan SAPP untuk bertanding kerusi parlimen Kota Kinabalu yang disandang oleh Parti Bersatu Sabah (PBS), ditolak oleh BN.
Pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi dijangka bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara dua parti pembangkang - SAPP dan PKR - serta PBS yang mewakili BN.
PKR dan BN dijangka mengumumkan calon masing-masing esok.
Sebelum ini rundingan antara PKR dan SAPP Khamis lalu gagal mencapai kata sepakat untuk memboleh hanya seorang calon pembangkang bertanding menentang BN di Batu Sapi.
PKR mungkin memilih seorang calon Muslim untuk bertanding di situ bagi menarik sokongan pengundi yang kebiasannya menyokong calon BN.
Penamaan calon akan diadakan Selasa ini.
Tentangan hebat
Sementara Bernama melaporkan, Yong memberitahu pemberita kemudiannya bahawa pilihan raya kecil itu dijangka amat mencabar dan melibatkan kempen yang sungguh sengit kerana BN "akan melakukan apa saja untuk menang".
Namun demikian, kata beliau, SAPP akan memberi tentangan hebat.
"Ini bukan satu keputusan mudah. BN akan menyerang secara habis-habisan. Mereka juga ingin melenyapkan saya daripada dunia politik," katanya sambil menambah bahawa pilihan raya kecil bagi kawasan parlimen Batu Sapi akan memberi kesan ke seluruh negara.
Beliau berkata kemenangan SAPP bagi kerusi itu akan memberi isyarat jelas bahawa BN tidak boleh lagi menggelarkan Sabah sebagai 'simpanan tetapnya'.
Katanya, Batu Sapi memiliki persamaan dengan kebanyakan kawasan pilihan raya lain di Sabah 'kerana ia ada kawasan luar bandar, pulau, kampung air serta penduduk bandar dan kebanyakan isu di sini juga adalah sama seperti yang terdapat di kawasan lain di negeri ini'.
Ditanya tentang tanggapan bahawa beliau membuat pertaruhan yang amat besar dalam perjudian politik dengan bertanding bagi kerusi itu kerana SAPP mungkin berkubur sekiranya beliau kalah, Yong berkata parti berkenaan telah mengambil kira perkara itu sebelum membuat keputusan tersebut.
"Parti ini bersedia menghadapi sebarang cabaran dan kami berani berlawan bukan kerana kami boleh menang, tapi kami boleh menang kerana kami berani berlawan," katanya.
Yong berkata isu "Sabah untuk rakyat Sabah" dan "Borneonisasi" akan menjadi teras dalam tema SAPP bagi menghadapi pilihan raya kecil itu, yang diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Edmund Chong Ket Wah, 54, dalam kemalangan jalan raya pada 9 Oktober.
Penamaan calon bagi pilihan raya kecil ini akan diadakan Selasa ini dan pengundian pada 4 November.
Mr.Kayrell : SAPP sudah, BN & Pakatan Rakyat bila lagi?

Thursday, October 21, 2010
PRK DUN Galas : Dr Zulkefli calon PAS di Galas
0Pemangku yang dipertua PAS Gua Musang, Dr Zulkefli Mohamad telah diumumkan sebagai calon PAS untuk pilihan raya kecil DUN Galas pada 4 November ini.
Pemilihan beliau diumumkan oleh Menteri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat di Dataran Ilmu yang terletak bersebelahan dengan Masjid Faiz di Gua Musang malam ini.
Dr Zulkefli adalah bekas calon PAS yang bertanding menentang Ketua Umno Bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dalam pilihan raya umum 2008.
Berusia 44 tahun, Dr Zulkefli merupakan anak ketujuh daripada 10 adik beradik.
Beliau adalah lulusan ijazah sarjana muda perubatan dan pembedahan, Universiti Malaya pada tahun 1992.
Dr Zulkefli mengendalikan klinik sendiri di Chiku 3, Gua Musang.
Kerusi DUN Galas kosong selepas kematian penyandangnya, Chek Hashim, 48, akibat barah usus pada 27 September lalu.
Pada pilihan raya umum 2008, Chek Hashim, berjaya merampas DUN Galas yang terletak dalam kawasan pilihan raya Parlimen Gua Musang daripada BN, dengan mengalahkan calon BN Mohd Saufi Deraman, dengan majoriti 646 undi.
Chek Hashim mendapat 4,399 undi, menewaskan penyandang dari BN, Mohd Saufi Deraman 3,753 undi.
Selain Nik Aziz yang juga mursyidul am PAS, turut hadir di majlis pengumuman calon tersebut ialah ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim; presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; timbalan presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dan pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham.
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, 11,553 pengundi layak untuk mengundi dalam pilihan raya kecil itu iaitu Melayu 7,125 orang atau 61.7 peratus, kaum Cina 2,317 atau 20.06 peratus, India 185, Bumiputera Siam 10 orang dan Orang Asli 1,889 orang atau 16.35 peratus.
Galas adalah salah satu daripada tiga DUN dalam parlimen Gua Musang yang diwakili oleh Tengku Razaleigh, yang dianggap sebagai kubu kuat BN.
Kerusi tersebut jatuh ke tangan PAS dalam pilihan raya umum 2008, dilaporkan kerana peralihan undi bukan Melayu.
Sementara itu, BN akan mengumumkan calonnya untuk pilihan raya kecil DUN Galas dan parlimen Batu Sapi Ahad ini.
Tengku Razaleigh bersetuju menjadi pengarah pilihan raya kecil BN bagi DUN Galas, tetapi menolak dilantik sebagai calon.

Mr.Kayrell : Semoga berjaya mempertahankan kerusi PAS
Subscribe to:
Posts (Atom)